Friday, 19 September 2014

Janji tau..Jangan InsyaAllah je

"boleh janji tak pergi program nih nanti??"

"insyaAllah...saya cuba hadir.."
"eh..tak nak insyaAllah-insyaAllah...kena hadir jugak!!"

Situasi biasa,walaupun anda dah berniat untuk hadir,dan anda meletakkan anda akan hadir ke program andai diizinkan Allah.

"eh,nanti ingat tau,bawa barang-barang yang diperlukan,"

"insyaAllah...."

"jangan insyaAllah je....kena janji betul-betul nih.."

"ok-ok..nanti aku bawa semua sekali barang-barang tu..."

"haaaahhhh...gitu lah...nampak la ko betul-betul janji.."

apa??!!adakah perkataan 'insyaAllah' melambangkan orang itu tak janji betul-betul dan sekadar nak melepaskan diri??

Hakikatnya...itulah situasi umat islam sekarang nih...menganggap penggunaan 'insyaAllah' sekadar untuk melepaskan diri dan seakan-akan dia akan menunaikan janji sedangkan dalam hatinya dah berniat tak nak buat..

kebiaasaan bila kita berjanji dengan seseorang...bila kita rasa kita mampu tunaikan janji kita,kita akan berkata.."OK,esok aku akan settlekan..." sedangkan kita merancang,Allah yang tunaikan...dan kebiasaannya juga,kebanyakan dari kita menganggap, bila berkata "insyaAllah..." macam nak tak nak je kan???tapi bila berkata .."OK".....yesss..orang tu akan tunaikan...

Allah SWT dah ajar makhlukNya agar mengucapkan kalimah ini. Kalimah ini sangat suci. Kalimah ini menunjukkan manusia yang mengucapkannya mempunyai rasa rendah diri terhadap RabNya. Rendah diri dengan mengakui bahawa hanya Allah SWT sahaja yang dapat memakbulkan dan merealisasikan apa yang diingini dan dirancangnya.

Allah SWT telah mengajar RasulNya, Muhammad SAW untuk mengucapkan kalimah ini. Ini telah diterangkan di dalam ayat 23-24, Surah Al Kahfi (Gua):
“Dan jangan sekali kali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi (23) kecuali (dengan menyebut): “Insya Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini” (24)

Situasi biasa juga...bila seseorang diajak ke sebuah program...dalam hati memang taknak join sekali,tapi ketika sedang diajak sahabatnya,oleh sebab taknak nampak sangat dia menolak..maka..terkeluarlah...

"insyaAllah..saya pergi.."

Jadinya,lepas nih,jangan salah anggap dan jangan salah gunakan 'insyaAllah' lagi...fahami betul2 penggunaannya yer =)

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...