Sunday, 21 September 2014

Resipi ESP yang pelbagai rasa

Assalamualaikum w.b.t 

Buat mereka yang dah pernah mencuba ESP, macam mana rasanya? Sedap??hehe...Anda boleh juga mencuba dengan pelbagai resepi. Tetapi jangan sekali-kali campurkan dengan minum berkafein ya.

Ok..jom kita tengok resepi ESP yang pelbagai rasa ni

RESEPI 1 : ESP + Mealshakes + Perfomance Drink

  1. Mula-mula sediakan air putih/kosong  sebanyak 250ml. ( Guna shaker ). Kalau suka air sejuk, boleh guna air sejuk. Macam saya, saya akan guna air sejuk dari peti ais.
  2. Kemudian tambahkan sesudu mealshakes dan sesudu perfomance drink ke dalam air putih tadi.
  3. Goncang dan minum (^_^)


RESEPI 2 : ESP Sunquick

  1.     Masukkan 2 scoops ESP ke dalam shaker
  2.     Tambahkan air kosong 300ml ke dalam shaker
  3.     Masukkan sesudu makan sunquick Mandarin atau sunquick Mango ke dalam bancuhan
  4.     Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan ESP
  5.     Goncang dalam shaker sampai  berbuih (^_^)


RESEPI 3 : ESP Twister

  1.     Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam shaker. Tak perlukan banyak ESP..sebab Twister dah         kuat manisnya.
  2.     Tambahkan air kosong 150ml ke dalam shaker
  3.     Masukkan 150ml jus Orange Twister ke dalam bancuhan. Jika anda suka Twister yang               manis, boleh lebihkan jus Orange Twister.
  4.     Jika anda sukakan ESP Orange Twister sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  5.     Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Memang marveloossss.


RESEPI 4 : ESP + Soya Plus

  1.     Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam shaker. 
  2.     Tambahkan air kosong 100ml ke dalam shaker
  3.     Masukkan 150ml air soya kotak atau sebaiknya air soya asli ke dalam bancuhan. Jika anda suka yang manis, boleh lebihkan soya tersebut.
  4.     Jika anda sukakan ESP soya sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  5.     Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..(^_^)


RESEPI 5 : ESP Sunquick + Kurma

  1. Sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. Abaikan nasi kerabu dan kuih yang nampak sedap tu. hehe..
  2. Sediakan air kosong 250ml dalam shaker dan tambah sesudu sunquick atau kordial yang anda suka
  3. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya serta koyak-koyakkan isinya ke dalam shaker
  4. Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam bancuhan. Goncangkan.
  5. Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  6. Goncang dalam shaker dan biarkan seketika agar isi kurma lembut sebelum diminum..
  7. Isi kurma memberi tekstur semasa diminum. Juga boleh di kisar bersama  untuk tekstur yang lebih halus dan mudah diminum

*Menambah kurma atau kismis juga membantu memberi tenaga segera sewaktu berbuka puasa.

RESEPI 6 : ESP Bandung

  1. Sediakan air kosong 200ml ke dalam shaker dan masukkan 3 scoop ESP ke dalam shaker. Jika anda menggunakan sirap sedia manis atau sirap kordial, 2 scoops pun dah cukup.
  2. Masukkan setengah sudu kecil sirap atau sedikit sahaja ibu sirap ke dalam bancuhan tadi
  3. Tambahkan beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  4. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..(^_^)



RESEPI 7 : ESP + Milkshake

  1. Tuangkan 200ml susu ke dalam shaker
  2. Tambahkan 2 scoops ESP ke dalam susu
  3. Goncangkan. Jika anda suka susu bermadu, boleh tambah sedikit madu lebah asli ke dalam susu dan ESP tadi. Boleh juga menggunakan susu segar berperisa. tetapi memadai dengan 1 scoop ESP kerana susu berperisa sudah sedia manis.
  4. Boleh diminum suam atau tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan jika anda suka milkshake sejuk
  5. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..(^_^)



RESEPI 8 : ESP + coklat

  1. Sediakan air suam kosong 200ml ke dalam shaker
  2. Masukkan 3 sudu serbuk coklat ke dalam air suam tadi
  3. Biarkan seketika dan masukkan 2 sudu ESP ke dalam coklat suam tadi
  4. Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Boleh ditambah ais jika anda mahu


RESEPI 9 : ESP Smoothies 
  1. Haaa...bukan cool blog je ada smoothies-smoothies ni...ESP pun hadoo...Mula-mula, sediakan 1 gelas air masak atau air sejuk dan tuang ke dalam blender
  2. Masukkan satu scoop ESP Shaklee
  3. Potong 1 biji pisang, 3-4 strawberry, atau raspberry
  4. Blend kesemuanya dalam blender
  5. Setelah selesai, boleh tambah 1 scoop vanila ice cream


*Smoothies ESP sangat sesuai sebagai menu sihat yang mengenyangkan dan untuk detoks juga kerana kaya dengan fiber asli dari buah-buahan. Boleh juga digunakan buah kiwi untuk menggantikan strawberry

RESEPI 10 : ESP + Yogurt Bliss

Tuangkan 200ml yogurt Bliss sebarang perisa
Masukkan 1-2 scoop ESP Shaklee, dan tambah sedikit sahaja air jika anda rasa terlalu pekat
Tambahkan ais, dan goncang dalam shaker.
Sedia untuk diminum.

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.

~ sharing with love ~

Syuhada Salleh
Email : fizda8789@gmail.com
H/P : 0132128902
Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com
Page : Imtiyaz corner


SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...