Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk
(bekas PM Turki)
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat
pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan
syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai.
Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang
pertama di Ankara .
4. Beliau pernah menegaskan bahawa 'negara tidak akan
maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki
sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk
memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan
tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau
dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar
berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada
sesetengah masjid dijadikan gereja.14. Menutup masjid serta melarang dari
bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan
anak-anak yatim dan fakir miskin..
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan
huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya 'siapa tuhan dan di
mana tuhan > tinggal?' oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal
Atartuk adalah tuhan' beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan
oleh askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang MenyeksakanDi saat kematiannya,
Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada dia sehingga dia rasa terseksa
dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan padanya...
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana dia
merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk
sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam
selimut untuk menyejukkannya.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas
tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,
dia menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak
tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
dia ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan dia akan merasa
sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!
Pada 26 september 1938, dia pengsan selama 48 jam
disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi dia hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, dia pengsan sekali lagi selama 36
jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu dia meninggal, tidak seorang pun yang
memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat dia.Mayatnya diawetkan selama 9
hari 9 malam, sehingga adik perempuan dia datang meminta ulama-ulama Turki
memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab
ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,
tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak
menerimanya).Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan
dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar)
selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi
Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya
dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama
sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki,
seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Wallahualam.....
Akak minat sejarah jugak ye?
ReplyDeleteMe too..:)