Wednesday, 1 October 2014

Saya tak sedia menerima adik-adik baru dalam PMI

 "nama apa?"

"nama saya..."

"owh...hidayah...saya ada kawan baik nama hidayah...sama macam awak..dulu study sekali.." panjang lebar saya bercerita. Terdiam si teman baru yang baru dikenali dalam preparatory class sebelum masuk untuk sem baru.


Saff kepimpinan PMI..Semua ni kakak-kakak saya..hehe


Rindukan suasana ni..

Selepas beberapa kelas, baru ku tahu rupa-rupanya nama teman tadi bukan hidayah, tapi Dalia..hehe..suka suki hati je bagi nama lain pada teman baru tu..Comel kecil je orangnya...Dalia si adik dan antara yang termuda dalam kelas kami.

" Korang semua dah kenal lama ye?" tanya Dalia pada saya dan beberapa teman yang lain.

"Eh...tak lah...kami baru je kenal.."

Mungkin di lihat kami semua rapat lain macam...hehe

Awal perkenalan, masing-masing mempunyai pandangan tersendiri dengan teman yang baru dikenali. Ada yang belum ditegur, tapi dah di cop sebagai, "uhhhh..nampak garang je..."

Ada yang nampak happening semacam...ngeh...ngeh..ngeh...Macam-macam watak ada. Dan yang paling penting, sebelum kita kenal rapat dengan seseorang, usah kita menghakimi terlalu dalam pada dirinya. Macam yang biasa kita pernah dengar, 'don't judge a book by its cover'..Bila dah kenal, dah tidur sebantal, baru kita boleh kenal diri teman kita tu.

"Umur berapa?" owhhh...segan jugak nak memperkenalkan diri..huhu..Saya dah tau tentu-tentu saya lah 'paling' kakak dalam group ni. mana taknya, kalau dah ambil second degree, memang anda akan alami situasi yang sama.

" saya ni lebih kakak rasanya..." hehe..saya mengaku terus...Masing-masing memperkenalkan serba sedikit perihal diri..Kalau dulu, saya selalu mengalami situasi saya lah paling muda, tapi kali ni, saya lah paling senior...bukan tua..ngeh..ngeh..ngeh...

Pernah ketika saya bersama-sama dalam saff kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam, PMI MSU, saya lah pimpinan paling muda..Masa tu macam seronok, sebab konon-konon dimanja dan diberi perhatian sikit oleh 'akak' pimpinan yang lain...Sehingga masa tu terlintas dalam hati saya, saya tak sedia untuk menerima sebarang kehadiran adik-adik baru dalam pimpinan pmi, sebab seronok menjadi yang paling muda...ntah apa-apa la kan..hehe...Tapi seronok masa tu dengan pelbagai peringkat umur, ukhwah kami sangat rapat. Sama-sama brainstorming untuk program PMI, sama-sama tidur lewat malam menyiapkan bahan untuk program keesokannya, semuanya kerana Allah..

Manisnya ukhwah kerana Allah...Doa untuk sahabat sentiasa dalam ingatan. Jika dulu saya tak sedia menerima kehadiran adik-adik baru dalam pimpinan sebab nak jadi paling bongsu, lama kelamaan perasaan menjadi seorang kakak tu bercambah dengan sendirinya. Mungkin juga hasil didikan kak mas, kak mus, kak as, kak husna, kak siti, kak nani, kak fiza, kak hajar yang semuanya saff pimpinan PMI ketika saya menjadi paling bongsu. Lama-kelamaan, saya seronok melihat adik-adik yang baru, dengan terus perkenalkan diri,"Kaksyu.."...adik-adik tu pun seronok. Menjadi yang muda, biarlah disayangi dan membesar sebagai yang tua, biarlah dihormati. Kerana kita semua saling lengkap melengkapi.

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...