Anda sedang menurunkan berat badan? tapi apa cara anda? kadang-kadang kita sangkakan cara kita betul, rupa-rupanya salah..Sebab tu tak turun-turun..uhuk..uhuk..uhuk..sadis.
Ini antara pesan Kevin tentang kesilapan yang kerap kaum Hawa lakukan ketika menurunkan berat badan.
Anda dah kawal pemakanan anda, mengira kalori makanan yang
anda ambil, mengikuti weight loss program, dan buat exercise hampir setiap
hari. Tetapi bila anda naik ke atas penimbang, jumlah berat badan anda tetap
sama. Pada masa itu anda terfikir apa lagi yang anda perlu lakukan. Di mana
silapnya? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.
Sebenarnya, walaupun dengan pengambilan makanan yang sihat,
amalam bersenam, anda mungkin membuat beberapa kesilapan kecil yang
menyebabkannya tiada hasil atau penurunan berat badan. Di sini akan dikongsikan
bagaimana untuk meningkatkan kualiti amalan sihat yang sedang anda amalkan
supaya anda dapat mencapai target untuk mendapatkan tubuh badan yang fit dan
langsing.
1. Jika anda mengira kalori yang anda ambil:
Pastikan pengambilan makanan yang betul.
– Anda sudahpun maklum perkara ini: Ambil jumlah makanan yang mempunyai kalori
lebih rendah dari apa yang tubuh anda perlukan untuk maintain berat badan anda
sekarang, dan mengurangkan berat badan anda. Berdasarkan dari satu survey yang
dilakukan, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak tahu atau salah dalam
mengira keperluan kalori harian yang ideal.
Sebagai contoh, anda menganggarkan sebanyak 2000 kalori
diperlukan sehari untuk mencapai berat target anda, tetapi sebenarnya anda
hanya memerlukan sebanyak 1800 kalori. 200 kalori extra yang anda ambil setiap
hari itu cukup untuk menambah berat badan anda sehingga 10 kg!
Apa yang anda boleh lakukan? Anda boleh melawat
website cekodok.com untuk
mendapatkan cara yang betul untuk mengira kalori yang anda perlukan dalam
sehari. Kemudian, set kan limit ke atas makanan dan snek yang anda ambil. Jika
1800 kalori adalah kalori maksimum yang anda perlu ambil setiap hari, cuba
bahagikannya kepada tiga hidangan 500 kalori dan satu hidangan snek 300 kalori.
2. Jika anda memilih makanan berkhasiat:
Periksa jumlah makanan yang anda ambil. Apa yang ada dalam
pinggan ada memang sangat penting, bukan sahaja jenis makanan, malah jumlah
makanan tersebut. Sebagai contoh semasa anda bersarapan di rumah, suami anda
bersarapan pancake dengan mentega dan syrup, anak anda bersarapan donat, manakala
anda mengambil secawan quaker oat bersama sejumlah kekacang, sepotong pisang,
dan satu gelas besar jus kiwi. Ya, anda mungkin menang dari segi nutrien
makanan yang diambil, tetapi dari segi kalori, andalah di tempat yang tercorot
sekali. Makanan yang anda ambil memang kedengaran seperti yang paling
berkhasiat, tetapi ia boleh menyumbang sebanyak 700 kalori iaitu lebih 1/3
daripada kalori yang anda perlukan dalam sehari!
Apa yang anda boleh lakukan? Langkah terbaik
adalah dengan mencatat jumlah makanan yang anda ambil. Sekalipun anda
menulisnya di atas tisu dan kemudian membuang tisu tersebut selepas makan
pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya anda aware dengan jumlah makanan yang
anda ambil. Anda juga boleh menukar makanan berkhasiat yang tinggi kalori
kepada makanan yang tinggi serat seperti:
- Sayur-sayuran: Setiap cawan bayam mengandungi 7 kalori dan terung rebus sebanyak 35 kalori. Manakala mash potato adalah sebanyak 249 kalori!
- Buah-buahan: Setengah cawan buah strawberi mengandungi 23 kalori dan buah pisang mengandungi lebih dari 100 kalori. Sebiji buah oren pula mengandungi hampir separuh kalori yang terdapat dalam segelas jus oren. Buah-buahan lain yang rendah kalori seperti tembikai dan bluberi.
3. Jika anda memesan makanan yang PALING berkhasiat di
dalam menu di sesebuah restoran:
Buat research dahulu sebelum anda ke restoran tersebut.
Contoh: Anda memilih untuk makan sandwich istimewa berbanding pizza. Anda
mungkin fikir yang anda sudah membuat pilihan yang bijak untuk diet anda.
Tetapi cuba anda fikir semula.
Sandwich istimewa itu sudah tentu mempunyai keju dan mayonis
untuk menambah kesedapannya. Tetapi tahukah anda sandwich yang anda pilih itu
mengandungi hampir 900 kalori? Manakala 2 keping Peperoni Pizza di Pizza Hut
sebagai contoh mengandungi 520 kalori. Sekalipun anda menukar roti sandwich
kepada roti yang berkhasiat, jumlah kalorinya tetap sama.
Apa yang anda boleh lakukan: Cuba cari maklumat
tentang nutrisi makanan yang terdapat di restoran tersebut sebelum anda ke
sana. Kebanyakan restoran makanan segera menyediakan informasi ini samada di
restoran mahupun ni website mereka. Dan jangan terkejut apabila anda melihat
jumlah kalori makanan mereka!
4. Jika anda teringin hendak makan makanan kegemaran
semasa anda diet
Anda boleh makan, tetapi anda perlu mengurangkan jumlahnya.
Jika anda mahukan sesuatu yang manis, makanan rendah lemak dan kurang gula
seakan-akan makanan terbaik yang anda boleh ambil untuk diet anda. Tetapi,
penyelidik di Cornell University menyatakan bahawa mereka yang overweight yang
memilih makanan atau snek yang dikatakan rendah lemak menyumbang kalori
sebanyak dua kali ganda dari kebiasaan! Istilah ‘rendah lemak’ dan ‘kurang
gula’ ini seolah-olah memberi ‘green light’ kepada pengguna untuk makan dengan
lebih banyak.
Tetapi kebanyakan daripada kita tidak sedar bahawa makanan
yang dikatakan ‘rendah lemak’ ini sebenarnya mempunya jumlah kalori yang hampir
sama dengan makanan yang lain. Sebagai contoh: Biskut kismit oatmeal biasa
mengandungi sebanyak 107 kalori dan 4 gram gula. Manakala biskut yang sama
tetapi versi ‘rendah lemak’ ini mengandungi 106 kalori dan 9 gram gula!
Apa yang anda boleh lakukan: Makan dengan jumlah
portion yang berpatutan. Jika anda sukakan aiskrim, anda boleh makan satu scoop
kecil aiskrim tersebut untuk melepaskan keinginan anda itu. Seperti kata David
Grotto, seorang penulis buku kesihatan, “You won’t stick to a diet that doesn’t
include you favourites”. Life is too short.
5. Jika anda ‘Ratu Sit-Up’.
Jangan lupakan latihan kardio. Salah satu
kesilapan besar bagi wanita yang ingin mendapatkan perut yang kempis, mereka
melakukan terlalu banyak sit-up dan melupakan latihan kardio. Perut anda tidak
akan flat sehingga anda membuang lapisan lemak yang terdapat pada perut anda.
Oleh itu, anda tidak boleh meninggalkan latihan kardio.
Apa yang anda boleh lakukan: Setiap minggu, cuba
lakukan tiga sesi latihan kardio bersama latihan untuk perut kira-kira 30-60
minit.
6. Jika anda makan snek untuk menghilangkan lapar:
Awasi pengambilan makanan tersebut. Anda mungkin
fikir yang anda sudah cukup mengawasi pengambilan makanan anda. Tetapi kajian
mendapati, mereka yang makan ‘tanpa sedar’ seperti mengambil segenggam popcorn
rakan semasa menonton wayang atau merasa doh biskut yang anda buat boleh
menyumbang beratus kalori seterusnya menambah berat badan anda tanpa anda
sedari.
Makan semasa minda anda tidak fokus terhadapa apa yang anda
suap seperti semasa menonton televisyen, mendengar berita dan sebagainya akan
menyebabkan anda makan dengan banyak daripada kebiasaan. Biasanya anda boleh
makan sehingga lebih 15% dari kebiasaan iaitu kira-kira sebanyak 72 kalori!
Apa yang anda boleh lakukan: Elakkan makan
semasa anda sedang melakukan sesuatu seperti menghadap komputer atau
berbual-bual. Anda boleh mengelakkannya dengan menutup komputer anda untuk
seketika semasa anda hendak makan. Sekiranya anda ingin masak, cuba kunyah gula
getah atau chewing gum. Jadi, setiap kali anda ingin rasa masakan anda, anda
perlu mengeluarkan chewing gum itu dan ini boleh membuatkan anda aware dengan
berapa banyak biskut atau kek yang telah anda rasa.
sesungguhnya susah benar kalau nak mngira kalori, amik set kurus shaklee menyenangkan hidup kita hehe
ReplyDeleteBila baca ni,bersyukur jiga saya dilahirkan dengan genetik metabolisme tinggi. dulu selalu merungut sebab penat nak makan utk cukupkan kalori,tetapi sekurang-kurangnya saya tidak perlu kira kalori setiap makanan, cuma nak kena tahu jenis makanan tinggi kalori sahaja
ReplyDeleteMmg kna Kira kalori.. Tapi ssah.. Letih nak kira n catit.. Ambik supplement secara automatic mkn pun krgkan, Bakar pun ye.. Mmg terbaik..
ReplyDeleteBAHAN ASID APAKAH YANG TERDAPAT DI DALAM MINUMAN BERGAS??
Huhuhu..Tang mengira kalori ni jenuh.. Tang makan tak hengat!! Tapi lepas makan banyak kena bersenam untuk bakar semula kalori
ReplyDeleteCara Bernafas Ketika Bersalin
Tak tahu langsung nak kira kalori. acaner tu. kalau boleh pakai penimbang berat tu senang la kan..huhuu
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> NAK CANTIK TAPI JANGAN SAMPAI TERGADAI
Banyak kena study sebelum nak pastikan kurus dengan selamt..
ReplyDeleteIndeks Glisemik Rendah
Nasib baik ada set kurus..tak larat rasanya nk kira setiap kalori makanan yang kita ambik seharian
ReplyDeleteSEJUKKAN BADAN ANAK YANG DEMAM
Fuhh bercinta kalau nak makan sebelum kira kalori. Kalau betul-betul nak diet tiada salahnya :) tapi nak bantuan, boleh ambil vitamin loss weight shaklee. Lebih mudah.
ReplyDelete