Tuesday, 22 September 2015

Anda kenal jiran anda???

Assalamualaikum and hi semua!

Macam mana persediaan raya? Bila sebut aidiladha, kebanyakan dari kita menyambutnya dengan ala kadar sahaja. Tak seperti sambut adilfitri, meriahnya, tak tau nak habaq lagu mana..sakan sungguh nohh..

Setiap kali tiba aidiladha, pasti saya teringat pada aidiladha yang disambut ketika mak ayah menunaikan ibadah haji suatu ketika dahulu. Ketika hanya beberapa hari lagi nak raya, abang long menghubungi saya bertanyakan tentang kepulangan saya ke Perak. Masa tu, macam tak bersemangat nak raya, yelah, mak ayah nun jauh di bumi anbiya.

Tapi..nak tak nak..diri ini tetap memerlukan ahli keluarga yang lain untuk menyambut raya. Alhamdulillah kesemua enam beradik dapat berkumpul...Cheyywahh...gaya macam masing-masing dah berkeluarga..hehe..padahal masa tu, semuanya single mingle lagi ditambah adik-adik bawah saya masih bersekolah.

Malam raya, kami hanya duduk berkumpul di ruang tamu, layan perasaan masing..kui..kui..kui..Bila mak ayah menghubungi kami dari sana, dapat la mengubat rindu. Mak ayah tak perlu risau, jiran-jiran kami sangat membantu..Juadah raya di hantar ke rumah kami. Sungguh, berbaik sesama jiran itu adalah cara hidup Islam itu sendiri.

Sehingga sekarang, bila saya memikirkan kembali bagaimana jiran-jiran banyak membantu, terasa terharu sungguh. Tambah-tambah ketika itu saya dan kakak masing-masing tak bercuti semester, jadinya cuma tinggal abang long dek kerana tempat belajarnya berdekatan dari rumah menjaga adik-adik.

Untungnya kita menjaga hubungan sesama jiran tetangga. Tegur menegur. tetapi, dengan kehidupan sekarang ini yang masing-masing sibuk, mungkin kita hanya sempat bertegur sapa dengan jiran di hujung minggu, atau di malam hari, atau juga di facebook! walaupun tempat sidai kain sebelah menyebelah..huhuhu...

" sibuknya syu...susah betul nak jumpa.." tegur jiran saya dalam satu program, walaupun rumah kami hanya berselang beberapa buah, tetapi hanya bertegur dalam program. Keluar awal pagi, balik dah senja. Tak sempat nak hai hai..

" baru balik kerja ke kak?" tegur saya pada jiran yang sebelah ini. Itu pun sebab keluar sekejap nak ambil barang dalam kereta,

" taklah, baru nak pergi kerja..."jawab jiran saya dengan balas senyuman..owwhhh..ok..japp...dia perli ke sindir? Bila saya perhatikan, eh,dia betul-betul baru nak pergi kerja walaupun malam itu jam dah menunjukkan 10 lebih ..Ok...sekurang-kurangnya saya tahu jiran saya ni kerja shift..hehe..

Tapi...antara yang buatkan saya terkesima, lepas saya alami sesuatu, bangun pagi..........jeng...jeng..jeng..dengan kekuatan bulan..jiran dah bertukar keesokan paginya.ting!ting!.. huhu..saya tak sedar bila jiran lama angkut barang pindah, saya tak tau bila lori jiran baru masuk. Mungkin juga mereka selesaikan hal-hal pindah barang ketika saya keluar 2-3 jam ke program malam itu.

Yang saya ingat,sambil jenguk ke luar tingkap, saya bertanya pada roomate saya, " abang, bila orang ataih ni beli kereta myvi ni..awat dengan kereta lama depa nuhh?? " hamboihh, kepoh jugak saya ni..

" diorang dah pindah dah..tu kereta orang baru " jawab roomate saya.

krik..krik..krik..


Sesibuk mana pun, pastikan kita kenal siapa jiran kita, berapa orang ahli keluarga dia...Mungkin sekali sekala kalau kita mampu, buat makan-makan yang ringkas di rumah kita, sekadar nak mengeratkan lagi hubungan kita sesama jiran. Paling tak pun kalau nak kenal muka jiran kita, bila terdengar je bunyi kereta dia masuk kawasan rumah, cepat-cepat keluar buat-buat nak ambil barang dalam kereta, tunggu sampai dia keluar kereta nak masuk rumah, terus tegur....

"Baru balik kerja ke..."..mungkin dengan selamba jiran anda menjawab,.."taklah, baru balik merompak"..kuang..kuang..kuang..gurau je..

Mudahan, kita sama-sama ambil peduli siapa jiran kita..kenali jiran kita..berbuat baik pada jiran kita..
'..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'.
(An-Nisaa’ : 36)

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Berminat? Anda boleh dapatkan harga diskaun 15- 25 % setiap kali membeli produk. Tidak perlu ke sana ke mari mencari-cari agen yang menawarkan harga paling murah. Bahkan anda boleh dapat kembali cash bonus hasil belian anda tadi. Untungkan? Boleh baca lebih lanjut di sini, Kelebihan menjadi ahli Shaklee.


~ sharing with love ~


Syuhada Salleh

Email : fizda8789@gmail.com

H/P : 0132128902

Blog : http://ceritadiimtiyazcorner.blogspot.com

Page : Imtiyaz corner



SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SHAH ALAM,KLANG, PUNCAK PERDANA, PUNCAK ALAM

Anda juga boleh baca yang ini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...