Pernah ketika anda memandu, anda mengantuk sehingga terasa nak korek biji mata? Atau anda berada di tempat kerja, tapi mengantuk dan letih yang amat sangat? Atau juga anda yang bergelar pelajar, sering mengantuk di dalam kelas? mungkin juga sebagai suri rumah, tapi kerap sangat mengantuk di rumah hingga kerja rumah di buat ala kadar?
Letih dan mengantuk sepanjang masa membuatkan anda ingin
tidur walaupun di siang hari. Tapi apakah puncanya rasa berpanjangan letih dan
mengantuk. Ada beberapa sebab mengapa dan kenapa kita cepat letih dan mengantuk.
Letih dan mengantuk boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
1. Kekurangan tidur.
Ini kebiasaannya jika di malam hari kita tidur lewat untuk menyiapkan pelbagai kerja yang tertangguh dari siang hari. Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.
2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)
Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang
cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah
disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur
dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun
sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin
tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda
di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan
anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.
3. Makan terlalu sedikit atau makanan tak seimbang.
Makan hendaklah seimbang, makan jenis makanan yang salah dan tak seimbang boleh menjadi punca keletihan. Perhatikan setiap pengambilan diet harian anda.
4. Diabetes
Menghalang gula ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan oleh sel-sel badan anda. Walaupun anda sudah cukup makan tapi masih letih. Jumpa doktor dan minta doktor periksa darah untuk mengesan diabetes. Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan
mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%,
risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
5. Penyakit Jantung
Bila anda berasa letih selepas mengemas rumah atau mendaki tangga, ini mungkin petanda sakit jantung. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.
6. Kemurungan
Kemurungan boleh menyebabkan gejala fizikal selain emosi. Keletihan, sakit kepala dan hilang selera makan adalah antara gejala fizikal yang biasa. Jika anda berasa letih dan murung selama lebih daripada beberapa minggu pergilah jumpa doktor anda. Jika kemurungan di rawat, keletihan pun akan hilang sama.
7. Terlalu banyak pengambilam minuman berkafein
Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar
konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak
kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan
darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan
menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap
kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah
menyebabkan anda bertambah lemah.
Ada kalanya bukan sebab perubatan sahaja, sebaliknya hanyalah gaya hidup yang mengharapkan pencapaian yang lebih baik menjadikan anda bekerja sehingga lewat, ini juga menyebabkan masalah keletihan dan mengantuk.
Sebab itu kita kena ubah gaya hidup kita, supaya lebih bertenaga setiap hari !
Sumber :
Sumber :
Kalau tidur tak cukup memang ngantuk. Bila ngantuk, semua jadi tak kena. Tidur pun nak kena jaga jugak. kan..
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBetul tu. gaya hidup seharian perlu di ubah... In shaa Allah dengan bantuan supplemen, kita boleh meningkatkan kecergasan....
ReplyDeleteamalkan gaya hidup yang sihat agar anda terhindar dari pelbagai penyakit, kurang tidur boleh mnyebabkan penyakit yang berakibat tak baik bagi kesihatan anda. Tidur di awal waktu dan bangun di awal pagi adalah yang terbaik, kurangi berjaga di malam hari agar anda tetap sihat dan bertenaga.
ReplyDeleteJom baca ini juga Pentingnya Minyak Ikan Untuk Kesihatan Yang Perlu Anda Ketahui
Salu gak rasa cepat ngantuk sekarang.. mungkin tenaga habis jaga si kecik yang tengah aktif. Hihi
ReplyDeleteBahaya mengantuk bila.memandu.. Tak.kira la sesiapa pun kena amalkan gaya hidup sihat
ReplyDeleteTips Kebahagiaan Rumahtangga
cepat mengantuk juga ada kaitan dengan kolestrol tinggi...
ReplyDeleteatasi kebimbangan hamil selepas keguguran
sesiapa yang selalu sangat mengantuk perlu checkup takut ada penyakit lain..supplement jugak boleh bantu masalh mcama ni..
ReplyDeleteKulit Kering dan Menggelupas
cepat mengantuk tapi tidur tak lena pun bahaya jugak..
ReplyDeleteSENDI SIHAT KELUARGA BAHAGIA
kalau mengantuk masa memandu dan nak memandu jarak jauh harus berhenti dahulu,rehatkan mata untuk seketika..dan jangan lupa amalkan supplement yang beri tenaga
ReplyDeleteikan kembung tiga rasa istimewa
adik ipar ida alami masalah dengkur agak kronik juga la.. dia bila masa tidur tiba-tiba tak lepas nak bernafas, dia akan tidur sambil duduk.. Kadang tu, tengah berdiri pon dia boleh tertidur.. ida pula mudah terkejut dari tidur jika terdengar bunyi apa2.. nak mula tidur semula agak susah la..
ReplyDelete8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT
Boleh ambil supplement tok lebih cergas ..bila ni jadi, boleh jejaskan aktiviti harian kita
ReplyDelete